China, Switzerland Mahu Kerjasama Inovasi Lebih Rapat

2019-01-23 12:38:44  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1210044717_15481545423691n

China bersedia bersama-sama Switzerland memajukan ikatan bilateral dan kerjasama terutamanya melibatkan inovasi.

Demikian ujar Naib Presiden China, Wang Qishan yang dalam rangka lawatan ke Switzerland dari 21 hingga 22 Januari.

Dalam rundingan dengan Presiden Switzerland, Ueli Maurer, Wang menyatakan penjalinan perkongsian strategik inovatif pada 2016 telah menetapkan hala tuju perkembangan hubungan dua hala pada masa depan.

Katanya, kedua-dua pihak saling melengkapi dalam banyak bidang seperti ekonomi, perdagangan, kewangan, pembuatan, perubatan dan penjagaan kesihatan yang boleh membawa kepada situasi untung-untung.

Sambil menyifatkan perjanjian perdagangan bebas China-Switzerland teladan berjaya dalam kerjasama bilateral, Wang berkata China ingin bersama-sama meneliti penaiktarafan perjanjian tersebut bagi menyuntik momentum lebih kuat kepada kerjasama berkenaan.

Langkah China terus meningkatkan keterbukaan sektor kewangan telah mencipta peluang baharu untuk kerjasama kewangan.

Katanya, institusi kewangan domestik digalakkan meluaskan perniagaan ke Switzerland, begitu juga bagi syarikat Switzerland yang dialu-alukan melebarkan sayap di China.

Beliau menyarankan kedua-dua pihak merancakkan pertukaran sosiobudaya dan kerjasama pelancongan agar asas ikatan dua hala diperkukuh.

Maurer pula menyatakan kesediaan pihaknya untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang perdagangan, kewangan, teknologi, perubatan, ekonomi digital, sosiobudaya, pendidikan dan pelancongan hingga mewujudkan situasi saling untung.

梁靚