Syarikat China Digalak Labur ke Kemboja

2019-01-23 13:26:36  CRI
Share with:
China menggalakkan lebih banyak syarikat domestik melabur ke Kemboja, kata Naib Menteri Perdagangan, Wang Shouwen dalam Forum Perniagaan dan Pelaburan China-Kemboja di Beijing semalam.

Pada masa ini, China hanya pasaran eksport kelima terbesar bagi Kemboja, dengan jumlah berkenaan tidak sampai satu perseribu keseluruhan import China pada 2018.

Syarikat kedua-dua negara diharap memanfaatkan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) untuk menambah pengeksportan pisang dan mangga ke China.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen berkata China pelabur terbesar bagi negaranya dengan pelaburan berjumlah USD3.6 bilion (RM14.9 bilion) pada 2018, lebih separuh penanaman modal asing di Kemboja.

Pelabur China dialu-alukan menjadikan Kemboja destinasi pelaburan berpotensi besar.
高蕾