CSAIR Buka Penerbangan Terus Guangzhou-Cebu

2019-01-23 11:21:29  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1a9b1dbc65f1


Penerbangan terus antara Guangzhou, ibu kota provinsi Guangdong dengan Cebu, Filipina kendalian China Southern Airlines (CSAIR) beroperasi secara rasmi dengan penerbangan sulung selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Mactan petang semalam.

Ini menandakan CSAIR kembali semula ke pasaran penerbangan Cebu sejak 2007.

Dalam majlis menyambut kejayaan penerbangan sulung, Konsul Jeneral China ke Cebu, Jia Li menyatakan kira-kira 500 ribu pelancong China melawat Cebu dan kawasan sekitarnya pada tahun lepas, yang turut menggalakkan pembangunan ekonomi tempatan serta persefahaman di kalangan rakyat. Laluan baharu tersebut akan menjadi jejambat udara yang memudahkan pertukaran ekonomi, perdagangan dan budaya.

Pengarah pelancongan Cebu, Shahlimar Tamano yakin dengan pembukaan penerbangan terus itu,  lebih banyak pelancong China akan datang berkunjung sempena Tahun Baharu Cina.
張弘