Referendum BOL di Filipina

2019-01-23 14:51:33  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_2.JPG


Referendum Undang-undang Organik Bangsamoro (BOL)  diadakan di Mindanao, Filipina kelmarin, menyaksikan kira-kira 2.1 juta warga keluar mengundi bermula pukul 7 pagi hingga 3 petang.

Undang-undang berkenaan akan membuka jalan bagi penubuhan sebuah wilayah Islam dengan autonomi lebih menyeluruh dan mewujudkan keamanan berkekalan di selatan negara itu.

Keputusan referendum dijangka diumumkan hari ini.


Keputusan tidak rasmi menunjukkan lima bandar di selatan iaitu Basilan, Lanao Del Sur, Maguindanao, Tawi-Tawi dan Cotabato menyokong BOL bagi menggantikan Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) dengan Wilayah Autonomi Bangsamoro berpenduduk Islam Min­danao (BARMM).

Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), kumpulan bersenjata Islam antikerajaan terbesar Filipina, Haj Murad Ebrahim menyuarakan keyakinan BOL dapat diluluskan, sekali gus memajukan ekonomi dan hidup rakyat tempatan.

張弘