Venezuela Putus Ikatan Diplomatik dengan AS

2019-01-24 13:06:48  CRI
Share with:

Venezuela memutuskan hubungan diplomatik dengan AS susulan tindakan Presiden Donald Trump mengiktiraf pemimpin parti pembangkang, Juan Guaido sebagai "presiden sementera".

Dalam perhimpunan rakyat di Caracas semalam, Presiden Nicolas Maduro menyatakan beliau telah menandatangani perintah mengusir semua diplomat AS meninggalkan Venezuela dalam masa 72 jam.

Katanya, keputusan tersebut dibuat kerana AS terus-menerus menghasut rampasan kuasa di Venezuela.

Maduro mengangkat sumpah penggal kedua sebagai presiden pada dua minggu lepas selepas memenangi pilihan raya tergempar Mei tahun lalu dengan 67.84% undi.

Bagaimanapun, sesetengah negara seperti AS enggan mengiktiraf penggal baharu Maduro atas alasan demokrasi dan hak asasi manusia, malah terus memperluas sekatan ekonomi, kewangan dan perdagangan terhadap negara itu.

梁靚