Keadaan Kewangan China Stabil

2019-01-24 11:20:17  CRI
Share with:

Keadaan kewangan China stabil sepanjang tahun lalu berkat pelaksanaan dasar fiskal positif serta pengurangan dan pengecualian cukai dan bayaran lain.

Sumber Kementerian Kewangan memaklumkan, pendapatan fiskal kerajaan pada tahun lalu sesuai dengan jangkaan dan mencapai sasaran bajet yang ditetapkan awal tahun.

Hasil daripada belanjawan awam seluruh negara mencatat RMB18 trilion (RM11 trilion), meningkat 6.2% berbanding tahun fiskal sebelumnya.

China akan terus melaksanakan dasar fiskal positif, di samping mengurangkan cukai dan bayaran pada skala lebih besar tahun ini.

張弘