Xi Ucap Tahniah Pelancaran Tahun Pertukaran Media China-ASEAN

2019-02-20 22:20:50  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengucapkan tahniah atas pelancaran Tahun Pertukaran Media China-ASEAN 2019 di Beijing hari ini.

Beliau menyatakan China dan negara-negara ASEAN, tetangga yang saling hubung dari segi sosiobudaya dan telah lama menjalin ikatan muhibah. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kedua-dua pihak memperkukuh komunikasi strategik, melakukan sinergi dalam pembangunan Jalur dan Laluan, merancakkan interaksi sosiobudaya, menangani perbezaan pendapat dengan baik dan bersama-sama menjaga ketenteraman serantau. Ikatan China-ASEAN kini telah memasuki fasa baharu berkembang secara menyeluruh.

Di samping menekankan program tersebut langkah penting untuk memantapkan perkongsian strategik, Xi menyatakan media selaku jejambat bagi memupuk kerjasama dan kebersatuan hati di kalangan rakyat, mampu memainkan peranan lebih besar untuk memajukan ikatan China-ASEAN.

Beliau turut menzahirkan harapan agar media kedua-dua pihak menjadi penyebar semangat muhibah, penggalak kerjasama pragmatik dan penjaga kewujudan bersama secara harmoni, sekali gus menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan yang lebih rapat.

張弘