Koridor Ekonomi China-Myanmar Nampak Kemajuan

2019-02-21 14:38:48  CRI
Share with:

Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) melibatkan aspek luas termasuk infrastruktur, dan  bakal memberi manfaat kepada Myanmar bahkan seluruh rantau.

Demikian ujar Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi selaku pengerusi jawatankuasa bagi membimbing pelaksanaan BRI di negara itu, yang ditubuhkan Disember tahun lepas. 

Pada November 2017, China menyarankan pembinaan koridor ekonomi bersama yang menghubungkan kawasan paling mundur Myanmar dengan paling maju, menyasarkan pembangunan seimbang. 

Dalam mesyuarat pertama jawatankuasa itu Isnin lalu, Duta Besar China, Hong Liang bertemu dengan delegasi Myanmar yang bakal menghadiri mesyuarat kedua jawatankuasa bersama koridor ekonomi berkenaan di China.

Hong Liang berkata, koridor itu telah mencapai kemajuan ketara walaupun baru disarankan lebih setahun. Kedua-dua pihak sedang menggaris pelan pembangunan berserta senarai projek tuaian awal. Syarikat kedua-dua negara menunjukkan minat untuk turut terlibat.

張哲