Syarikat Penyumbang Kerjasama Malaysia-China

2019-02-21 15:02:37  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_dd411f4d-0fb2-4467-9a0c-c7b0185ba6c0

圖片默認標題_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_481d9852-20f0-4152-aab5-5ecd5bdefeef

Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM) memainkan peranan penting dalam usaha memperkukuh kerjasama antara Malaysia dengan China. 

Demikian kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail dalam majlis memperingati ulang tahun ke-3 PUCM, yang diadakan serentak  sambutan ulang tahun ke-45 ikatan diplomatik Malaysia-China di Kuala Lumpur semalam.

Beliau melahirkan harapan agar PUCM terus menyumbang kepada kerjasama dan persahabatan lebih erat, sambil mengalu-alukan lebih banyak  syarikat China menanam modal di Malaysia.

Duta Besar China, Bai Tian pula menyatakan PUCM yang mempunyai lebih 100 syarikat anggota telah membantu Malaysia menyelesaikan masalah pengambilan kerja dan menjana pembangunan sosioekonomi tempatan sejak ditubuhkan tiga tahun lalu.

Syarikat China di Malaysia diharap menjadi jejambat bagi melonjakkan kerjasama muhibah ke tahap lebih tinggi.
梁靚