Bengkel Pengurusan Tapak Warisan

2019-02-21 11:36:55  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_2 瀾湄國家文化遺産管理研討會研討現場.JPG


Bengkel Pengurusan Tapak Warisan di Lembangan Lancang-Mekong diadakan di Bagan, Myanmar semalam, menghimpunkan hampir 30 pakar untuk berkongsi pengalaman dalam perlindungan dan pengurusan warisan budaya.

Duta Besar China ke Myanmar, Hong Liang menyatakan Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) telah menjadi mekanisme yang paling dinamik di Asia Timur dan Tenggara sejak dilancarkan pada 2016. Bengkel tersebut telah membuka lembaran baharu pertukaran budaya dalam rangka LMC.

Menteri Hal Ehwal Agama dan Budaya Myanmar, Thura U Aung Ko menyatakan enam negara LMC iaitu China, Myanmar, Laos, Thailand, Kemboja dan Vietnam kaya dengan warisan budaya dan mempunyai banyak persamaan, maka wajarlah berkongsi pengalaman dalam perlindungan dan pembaikpulihan tapak tinggalan sejarah. 
張弘