China Perhebat Usaha Basmi Kemiskinan

2019-02-21 15:06:15  CRI
Share with:
China akan terus memperhebat usaha membasmi kemiskinan tahun ini, menyasarkan lebih 10 juta rakyat di kira-kira 300 kaunti dibantu keluar dari belenggu kemiskinan.

Timbalan ketua Pejabat Pembasmian Kemiskinan dan Pembangunan, Dewan Negara, Ou Qingping menyatakan usaha tersebut memfokuskan penyelesaian masalah makan dan pakai, pendidikan wajib, perubatan asas dan perumahan.

Mesyuarat eksekutif Dewan Negara baru-baru ini memaklumkan, dana tambahan yang diperuntukkan kerajaan pusat untuk membasmi kemiskinan pada tahun ini akan digunakan untuk membantu tempat-tempat berstatus miskin tegar termasuk di wilayah Tibet serta provinsi Yunnan, Sichuan, Qinghai dan Gansu.
梁靚