Xi Temu Wakil Misi Chang'e-4

2019-02-21 14:40:51  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1124142335_15506681000361n

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan wakil saintis dan jurutera angkasa yang terlibat dalam misi penyelidikan bulan Chang'e-4 di Beijing petang semalam.

Xi berkata, misi  Chang'e-4 merealisasikan rondaan dan penerokaan pertama prob buatan manusia di sisi jauh bulan, dengan banyak inovasi dilakukan. 

圖片默認標題_fororder_1124142335_15506686876311n

Beliau berharap sainstis China menambah usaha hingga mencapai matlamat penyelidikan bulan dan menyumbang kepada penggunaan ruang angkasa secara damai. 

Katanya, meneroka ruang angkasa yang tiada batas impian bersama seluruh umat manusia.

China sentiasa aktif menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang berkenaan dan sudah menjalankan usaha sama yang produktif dengan banyak negara dan pertubuhan antarabangsa. Kejayaan misi Chang'e-4 juga berkat sumbangan pelbagai pihak.

張哲