Sahut Seruan: Chongqing Baiki Ekologi Politik, Semula Jadi

2019-03-04 14:31:43  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_重慶 圖3

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping menzahirkan harapan agar  Chongqing menjadi teladan keterbukaan di kawasan pedalaman serta pembinaan bandar indah, ketika menghadiri sesi perbincangan bersama-sama delegasi  Chongqing sempena persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) pada Mac 2018.

 
Sebagai menyahut seruan beliau, Chongqing segera bertindak untuk menangani pelbagai masalah kronik. Antara 205 masalah yang dikenal pasti, 198 telah diselesaikan, menyebabkan tahap kepuasan  rakyat terhadap kecekapan kerajaan meningkat secara ketara.

圖片默認標題_fororder_重慶 圖5


Dalam sesi perbincangan tersebut, Xi menyamakan ekologi politik dengan ekologi semula jadi yang mudah tercemar jika diabaikan. Beliau turut menekankan pentingnya prinsip moral dalam pentadbiran.

Kini, etika politik telah dimasukkan dalam indeks penilaian bagi mengetatkan disiplin parti. Sepanjang setahun lalu, Chongqing terus membaiki ekologi politik yang turut menyediakan persekitaran perniagaan kondusif selain menjana pembangunan ekonomi berkualiti.

Pada 2018, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bandar Chongqing melebihi RMB2 trilion (RM1.2 trilion).

張弘