Menteri Hurai Langkah Perluas Keterbukaan

2019-03-13 17:12:48  CRI
Share with:

Langkah-langkah untuk memperluas keterbukaan dan kerjasama antarabangsa menjadi fokus persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC). Beberapa menteri telah menghuraikan langkah berkenaan.

圖片默認標題_fororder_liu

Naib pengerusi Suruhanjaya Urusan Legislatif Jawatankuasa Tetap NPC, Liu Junchen berkata layanan nasional biasanya diberi selepas akses. Namun, undang-undang pelaburan asing yang sedang dibahaskan, menguntukkan layanan berkenaan dinikmati sebelum akses, memperlihatkan kebebasan dan pemudahan pada tahap tinggi.

圖片默認標題_fororder_qian

Naib Menteri Perdagangan, Qian Keming berkata China sentiasa teguh menentang sebarang bentuk amalan perlindungan dan tidak rela melihat langkah keselamatan disalah guna hingga menjadi penghalang bagi kegiatan pelaburan normal. China bersedia bersama-sama negara lain mencipta suasana perniagaan yang terbuka, telus dan mudah, sekali gus menggalakkan pembangunan ekonomi dunia yang inklusif.

圖片默認標題_fororder_shen

Pesuruhjaya Jabatan Pentadbiran Harta Intelek Negara, Shen Changyu berkata China akan memperkukuh kerjasama antarabangsa serta pertukaran dan hubungan perdagangan antara syarikat domestik dan asing, di samping mengkaji penubuhan pusat bantuan perlindungan harta intelek di seberang laut. 

圖片默認標題_fororder_wang

Menteri Sains dan Teknologi, Wang Zhigang berkata pihaknya menyokong penubuhan makmal bersama dengan institusi penyelidikan negara-negara Jalur dan Laluan, meneroka pembinaan taman teknologi melalui kerjasama dengan lapan negara termasuk Filipina dan Indonesia, selain membina lima platform pemindahan teknologi dengan negara-negara ASEAN, Asia Selatan, dunia Arab, Asia Tengah serta Eropah Tengah dan Timur.

圖片默認標題_fororder_li

Menteri Persekitaran Ekologi, Li Ganjie berkata China menyokong penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta penggunaan teknologi karbon rendah, menggalakkan gaya hidup sederhana dan mesra alam, sambil mempertingkat penglibatan dalam tadbir urus iklim global.

圖片默認標題_fororder_gou

Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Sukan, Gou Zhongwen berkata China telah mengintensifkan kerjasama dengan 15 negara seperti Norway, Austria, Switzerland, Sweden dan Finland untuk menjayakan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022. Atlet China dihantar untuk berlatih di negara-negara tersebut, sementara jurulatih asing seramai lebih 80 orang dilatih di China.

張弘