Xi Tekankan Matlamat Pembangunan Tentera

2019-03-13 11:39:31  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_CqgNOlyHu5CAGnsIAAAAAAAAAAA588.900x604

Presiden Xi Jinping menekankan perlunya matlamat pembangunan pertahanan negara dan tentera direalisasikan mengikut jadual. 

Xi yang juga pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat China, menyatakan demikian ketika menghadiri sidang pleno delegasi Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) dan polis bersenjata sempena persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) di Beijing semalam.

Beliau berkata tentera perlu menyokong pembangunan sosioekonomi dan tamadun ekologi setempat, memikul tugas menyelamat dan bantuan bencana serta membantu penduduk miskin.

張哲