Undang-undang Pelaburan Asing Diluluskan

2019-03-15 11:12:01  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1124236705_1552615584201_title0h

Undang-undang Pelaburan Asing diluluskan dengan undi majoriti dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China yang melabuhkan tirai pagi tadi.

Undang-undang asas baharu terbahagi kepada enam bab dengan 42 fasal, menstandardkan peruntukan berhubung akses, penggalakan, perlindungan dan pengurusan pelaburan asing.

Sejak pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka pada hujung 1970-an, China telah menggubal tiga undang-undang mengenai usaha sama syarikat tempatan dan asing serta syarikat modal asing.

Setakat akhir tahun lalu, kira-kira 960 ribu syarikat ditubuhkan dengan pelaburan asing berjumlah lebih USD2.1 trilion (RM8.6 trilion).Kelulusan undang-undang baharu dianggap bukti kesungguhan China untuk memperjuangkan pembaharuan dan keterbukaan ke akhir, yang akan membantu menjana pembangunan berkualiti.

Undang-undang berkenaan bertujuan meningkatkan ketelusan dasar, menjamin penglibatan secara sama rata dalam saingan pasaran, menambah kecekapan perkhidmatan dan memperkukuh perlindungan harta intelek syarikat asing.

張弘