Kerjasama Pendidikan, Komponen Penting Hubungan

2019-03-21 11:35:48  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1124260933_15530821449341n


China menjunjung prinsip saling belajar, menggalakkan para pelajar menyambung pendidikan di luar negara, serta menyokong pertukaran dan kerjasama melibatkan pendidikan.

Pendirian ini disuarakan Presiden Xi Jinping dalam pertemuan dengan Presiden Universiti Harvard, Lawrence Bacow di Beijing semalam.

Beliau menyifatkan pertukaran dan kerjasama pendidikan komponen penting hubungan antara China dengan Amerika Syarikat (AS), kondusif bagi memperkukuh asas persahabatan di kalangan rakyat. China akan memperluas keterbukaan dalam aspek pendidikan dan merancakkan pertukaran dengan negara-negara lain untuk bersama-sama membawa kemajuan kepada pembangunan pendidikan. 

Bacow pula berkata mengekalkan dan memperdalam interaksi antara institusi pendidikan dan budaya, penting bagi hubungan AS dan China dalam jangka panjang. Terdapat banyak pelajar China di Universiti Harvard dan bahasa Mandarin sangat popular antara bahasa-bahasa asing yang digunakan. 

Katanya, Harvard bersedia memantapkan kerjasama dengan institusi pendidikan dan penyelidikan saintifik China.

曹捷