Ekonomi Digital, Inovasi, Fokus Kerjasama Akan Datang

2019-03-21 14:29:32  CRI
Share with:

Persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), serta impak ekonomi China terhadap Thailand dan dunia, menjadi tema sebuah seminar yang berlangsung di Bangkok semalam, anjuran Persatuan Wartawan Thailand-China.

Duta Besar China, Lyu Jian dalam ucapannya berkata walaupun pertumbuhan ekonomi China mula perlahan, tetapi masih berada dalam julat yang munasabah. Struktur ekonomi China telah dioptimumkan, dengan inovasi sebagai enjin baharu yang menjana pembangunan berkualiti.

Beliau berkata, ekonomi digital dan inovasi akan menjadi fokus kerjasama pragmatik antara China dengan Thailand pada masa depan.

Menteri Pengangkutan Thailand, Arkhom Termpittayapaisith berkesempatan memperkenalkan pelan pembangunan infrastruktur pengangkutan negara itu.

Katanya, Thailand perlu memajukan infrastruktur terutamanya yang moden seperti kereta api laju China. Projek kerjasama berkenaan yang dijalankan terus-menerus turut menggalakkan pertukaran teknikal dan tenaga kerja, menambah kedinamikan dalam ikatan muhibah kedua-dua negara.

胡星