China, AS Duduk Berunding Lagi

2019-03-22 14:19:28  CRI
Share with:

Naib Perdana Menteri China, Liu He baru-baru ini mengadakan beberapa pusingan rundingan menerusi telefon dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin berhubung isu ekonomi dan perdagangan.

Menurut persetujuan kedua-dua pihak, Lighthizer dan Mnuchin akan melawat Beijing sambil menghadiri pusingan ke-8 rundingan ekonomi dan perdagangan peringkat tinggi yang dijadualkan pada 28 hingga 29 Mac.

Maklum jurucakap Kementerian Perdagangan, Gao Feng dalam sidang akhbar di Beijing semalam, Liu He pula akan mengetuai delegasi ke AS bagi pusingan ke-9 rundingan tersebut di Washington pada awal bulan April.

周喬西