Kerjasama LMC, Manfaat Buat Rakyat

2019-03-22 13:33:19  CRI
Share with:

Minggu Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) kedua diadakan di Nanning, Guangxi pada 19 hingga 20 Mac lalu, memfokuskan projek rintis dan bantuan teknikal menyasarkan pembasmian kemiskinan.

Pejabat berkenaan Dewan Negara China telah mengatur dan melaksanakan projek rintis serta aktiviti dalam pelbagai bentuk termasuk forum, seminar dan program pertukaran pegawai, bagi membimbing usaha Kumpulan Kerja LMC. 

Projek rintis dan bantuan teknikal yang dibincangkan menumpukan infrastruktur dan kemudahan perkhidmatan awam, selain projek pembangunan industri dan pembinaan keupayaan. 

Selepas setahun dilaksanakan, projek-projek seperti pusat aktiviti peringkat kampung siap dibina di Kemboja dan sejumlah projek pembinaan telah dilancarkan di Laos, sementara projek bekalan air minum Myanmar telah memasuki fasa bidaan.

曹捷