China, Itali Tingkatkan Perkongsian Strategik Komprehensif

2019-03-23 14:40:05  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1124271752_15532726421661n

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Itali, Sergio Mattarella ketika mengadakan rundingan di Rom semalam bersepakat untuk memangkinkan perkongsian strategik komprehensif China-Itali mencapai hasil yang lebih cemerlang pada era baharu. 


Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk membimbing perkembangan ikatan dua hala dari tahap strategik dan perspektif jangka panjang.

Xi menekankan, China bersedia bersama-sama dengan Itali mengeratkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, menaiktarafkan kualiti dan tahap kerjasama pragmatik, meningkatkan komunikasi dalam visi, memperkukuh kesalingpercayaan politik, saling menyokong dalam isu yang melibatkan kepentingan teras, di samping meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan dan rancangan kerjasama pragmatik. 

圖片默認標題_fororder_1124271752_15532726421671n
 

Xi menyatakan, China bersedia mengimport lebih banyak produk Itali yang berkualiti dan juga akan menggalakkan lebih banyak syarikat China melabur di Itali. Kedua-dua pihak diharap mengeratkan pertukaran sosiobudaya dan pertukaran serta kerjasama dalam bidang kebudayaan, pendidikan, filem dan media agar memperkukuh persefahaman dalam kalangan rakyat.

Xi turut melahirkan harapan agar Itali terus memainkan peranan yang positif dalam mendorong Kesatuan Eropah dan China meningkatkan perkongsian dalam kedamaian, pertumbuhan, pembaharuan dan tamadun.

圖片默認標題_fororder_1124271752_15532726421691n
 

Mattarela menyatakan bahawa Itali kagum akan kejayaan pembangunan China, menghargai China mengamalkan strategi pintu terbuka dan optimis terhadap prospek kerjasama Itali-China. Beliau berkata, Itali bersedia memperluas kerjasama yang saling menguntungkan dengan China dalam ekonomi, perdagangan, pelaburan, sains dan teknologi, serta inovasi. Itali menyokong inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang disarankan Presiden Xi, dan yakin inisiatif ini bermanfaat bagi kesalinghubungan dan pembangunan bersama Eurasia, sekali gus mendinamikkan jalan sutera pada zaman ini.

圖片默認標題_fororder_1124271752_15532697967271n

曹捷