China dan Itali Dinamikkan Jalan Sutera

2019-03-23 16:15:09  CRI
Share with:
Sempena lawatan yang padat ke Itali, Presiden Xi Jinping telah mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Itali, Sergio Mattarella, Presiden Dewan Perwakilan dan Speaker Senat. Xi dan Mattarella bersama-sama bertemu dengan wartawan dan wakil kalangan ekonomi dan kebudayaan kedua-dua negara. Kalangan politik, perniagaan, kebudayaan dan media Itali memberikan perhatian besar serta menghargai tinggi inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan menganggap ini bermanfaat bagi kesalinghubungan dan pembangunan bersama Eurasia sekali gus mendinamikkan Jalan Sutera pada zaman ini. Ini juga mengeluarkan isyarat positif bagi penandatanganan memorandum persefahaman BRI China dan Itali pada Sabtu ini waktu tempatan.

Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte pernah menyatakan di Parlimen Itali bahawa keuntungan ekonomi dan perdagangan yang dibawa BRI adalah sah sama sekali dan selaras dengan kepentingan Itali. Tambah beliau, pelabuhan Itali lebih baik dijadikan destinasi semula jadi dalam jalan sutera baharu dan memperoleh keuntungan daripada kedudukan geografiknya, lebih baik berbanding dengan dielakkan laluan perdagangan baharu.

Ketika bersama-sama dengan Mattarella bertemu dengan wartawan di Rom semalam, Presiden Xi Jinping menekankan bahawa China dan Itali perlu meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan, meneroka potensi dalam bidang pembinaan prasarana, logistik pelabuhan dan pengangkutan kapal, menjalankan sekumpulan projek kerjasama pragmatik yang berkualiti dalam rangka BRI agar rakyat pelbagai negara dapat berkongsi hasil pembangunan.    

  

曹捷