China, Itali Tingkatkan Pertukaran Perundangan

2019-03-23 14:54:02  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_137916855_15532989647181n


Presiden China, Xi Jinping dalam pertemuan dengan Speaker Senat Itali, Elisabetta Alberti Casellati di Rom semalam berkata, Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan Senat Itali telah menubuhkan mekanisme pertukaran lawatan berkala. China menyokong badan legistalif kedua-dua negara menjalankan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai peringkat, bidang dan saluran, berkongsi pengalaman tentang penyeliaan perundangan, pentadbiran negara, rancangan pembangunan negara dan kehidupan rakyat berdasarkan prinsip saling hormat dan saling belajar. 

Xi berharap Senat Itali terus memainkan peranan positif serta mencipta syarat yang lebih baik dan momentum yang lebih besar kepada hubungan dua hala.

Alberti menyatakan, Itali berharap lawatan Xi kali ini dapat menggalakkan kerjasama kedua-dua negara dalam pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan. Senat Itali bersedia menggalakkan pertukaran lawatan badan perundangan kedua-dua negara, dan terus menyumbang kepada usaha mengintensifkan kerjasama dan persahabatan Itali dan China. 

 

曹捷