AS Digesa Stabilkan Hubungan dengan China

2019-03-23 15:00:38  CRI
Share with:

Tindakan badan pertahanan Amerika Syarikat (AS) yang mengheboh-hebohkan teori ancaman negara lain untuk mendapat lebih banyak faedah adalah amat berbahaya dan tidak berpandangan jauh.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian dalam sidang media di Beijing semalam.

Baru-baru ini, Pemangku Setiausaha Pertahanan AS, Patrick Shanahan dan Pengerusi Ketua Turus, Jeneral Joseph F. Dunford mengheboh-hebohkan "teori ancaman China" ketika memberikan keterangan dalam sesi pendengaran bajet pertahanan negara bagi tahun fiskal 2020 Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat AS.

Mengulas tindakan pegawai tentera AS tersebut, Wu menyatakan bahawa tentera China kini memikul lebih banyak tanggungjawab antarabangsa di samping menawarkan lebih banyak produk keselamatan awam, dan telah mendapat pujian daripada masyarakat antarabangsa.

AS digesa mengikis amalan mentaliti Perang Dingin, memandang pembangunan pertahanan dan tentera China dari perspektif objektif, tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur negatif, dan mengambil tindakan praktikal bagi menggalakkan hubungan bilateral dan hubungan antara tentera kedua-dua negara berkembang ke arah yang sihat dan stabil.

周喬西