Stesen Malim Kedua Dunia Siap Dibina

2019-04-01 13:34:41  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_3

圖片默認標題_fororder_4


Stesen malim tetap luar pesisir  yang dibina Syarikat Kejuruteraan Pelabuhan China (CHEC) di Yangon diserahkan kepada Myanmar selepas siap seluruhnya.

圖片默認標題_fororder_1



Dalam upacara penyerahan kelmarin, Duta Besar China, Hong Liang menyatakan projek tersebut amat signifikan bagi pembangunan perkapalan Myanmar.

Pelabuhan Yangon, pelabuhan paling besar di Myanmar. Ekoran hidrografi yang rumit, kapal besar memerlukan panduan malim untuk memasuki pelabuhan itu. 

Pada 2015, kementerian pengangkutan Myanmar membuka tender pembinaan stesen malim luar pesisir, fasiliti serupa yang kedua di dunia. Pemenang tender, CHEC menyelesaikan projek tersebut dalam masa dua tahun.

圖片默認標題_fororder_2
 

Menteri pengangkutan Myanmar, Thant Sin Maung berkata stesen malim berkenaan bertaraf antarabangsa dan kondusif bagi pembangunan ekonomi negara. 

   

曹捷