Xi Temu Delegasi "The Elders"

2019-04-02 11:13:45  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1124312963_15541217079111n

China menyarankan kesedaran komuniti berkongsi nasib sesama insan dipupuk, dan bumi yang menjadi kampung bersama dibina dan dijaga dengan lebih baik.

Presiden Xi Jinping dalam pertemuan dengan delegasi "The Elders" di Beijing semalam menyatakan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) justeru untuk menggalakkan kerjasama saling untung antara semua negara.

Katanya, suara yang menyokong multilateralisme tetap dominan dalam masyarakat antarabangsa pada masa ini. China komited meningkatkan kerjasama antarabangsa mengenai agenda multilateral seperti menjaga sistem kawalan nuklear dan menangani perubahan iklim.

Menyentuh hubungan dengan AS yang dikatakan antara ikatan bilateral paling penting, Xi menyuarakan harapan agar AS sehaluan dengan China untuk menangani perbezaan pendapat, memperluas kerjasama dan mengembangkan hubungan yang berlandaskan koordinasi, kerjasama dan kestabilan.

Mary Robinson, pengerusi yang juga mantan Presiden Ireland, Ban Ki-moon, timbalan pengerusi yang dulu Setiausaha Agung PBB dan Ernesto Zedillo, bekas Presiden Mexico masing-masing bersuara bagi pihak "The Elders".

Mereka menilai tinggi pencapaian China dalam pembangunan sosioekonomi, perlindungan alam sekitar dan pembasmian kemiskinan, serta peranannya dalam mempertahankan multilateralisme.

Semua negara diseru menjunjung sistem multilateral berteraskan PBB, di samping memperkukuh kerjasama melibatkan kestabilan rantau dan dunia serta perubahan iklim.

Ditubuhkan atas inisiatif bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela pada 2007, "The Elders" merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang terdiri daripada bekas pemimpin negara dan pertubuhan antarabangsa. 

張弘