Presiden Xi Serta Aktiviti Tanam Pokok

2019-04-09 11:49:10  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1124340702_15547268940571n


Presiden China, Xi Jinping turun padang pagi semalam untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sempena Hari Menanam Pokok, yang kini genap 40 tahun disambut di negara ini.

Sambil mengingatkan seluruh bangsa agar terus mewarisi tradisi mencintai, menanam dan melindungi pokok, Xi menekankan perlunya kempen penghijauan tanah digalakkan secara berterusan untuk membawa hasil sebenar.

Melalui usaha selama empat dekad, keluasan hutan dan jumlah stok hutan di China bertambah sekali ganda dengan penanaman hutan baharu yang terdepan di dunia, sumbangan paling besar kepada kempen penghijauan global.

Xi bagaimanapun turut menekankan kekurangan hutan dan kawasan hijau di China, serta masalah kerapuhan ekologi yang masih perlu ditangani.

圖片默認標題_fororder_1124340702_15547268715781n

曹捷