China, Myanmar Intensif Kerjasama Tentera

2019-04-11 13:21:01  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1124350551_15549026301651n


China bersedia mempertingkat komunikasi strategik, mengintensifkan kerjasama saling untung dan memperkaya perkongsian strategik komprehensif demi faedah sebenar kepada rakyat, bahkan kestabilan dan kemakmuran serantau.

Presiden China, Xi Jinping berujar demikian dalam pertemuan dengan Panglima Angkatan Tentera Myanmar, Min Aung Hlaing di Beijing semalam. 

Beliau menyatakan, kerjasama antara tentera komponen penting perkongsian strategik komprehensif, maka interaksi berkenaan perlu ditingkatkan hingga membina hubungan yang saling percaya dan saling untung dengan komitmen kepada kepentingan keselamatan dan pembangunan kedua-dua negara.

Katanya, China menyokong proses damai Myanmar dan berharap pihak Myanmar dapat sehaluan dengan China untuk memperketat kawalan kawasan sempadan.

Min Aung Hlaing pula menyatakan, pihaknya menyokong dan bersedia mengambil bahagian dalam pembinaan Jalur dan Laluan. Beliau menyuarakan hasrat pihaknya untuk meningkatkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang dan mengambil langkah efektif bagi menjaga kestabilan kawasan sempadan dengan China. 

曹捷