BRI Jadi Tumpuan di Indonesia

2019-04-16 14:17:40  CRI
Share with:

Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) telah menjadi tumpuan perhatian pelbagai lapisan masyarakat di Indonesia, bahkan syarikat dan institusi asing yang melabur di negara itu.

Pengurus Besar PetroChina Indonesia, Gong Bencai dalam satu wawancara baru-baru ini menyatakan cawangan PetroChina di Indonesia telah memperuntukkan pelaburan USD5.2 bilion (RM21.4 bilion) sejak ditubuhkan 17 tahun lalu, dengan jumlah bayaran cukai USD3 bilion (RM12.3 bilion).

Beliau berkata, BRI memainkan peranan penting dalam menggalakkan perkembangan syarikat modal China di Indonesia. Berbanding dahulu, syarikat modal China lebih diberi keutamaan oleh kerajaan dan kerjasama dengan pihak tempatan semakin lancar.

覃淼