Macron Ikrar Bina Semula Katedral Notre Dame

2019-04-16 14:15:40  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1124372556_15553786237591n

Presiden Perancis, Emmanuel Macron berikrar untuk membina semula Katedral Notre Dame, selepas mercu tanda Paris itu rosak teruk dijilat kebakaran.

Beliau turut memaklumkan rancangan untuk melancarkan kempen mengumpul dana di seluruh dunia dengan secepat mungkin.

Pembinaan semula katedral berkenaan hasrat rakyat Perancis, kerana binaan tersebut merupakan representasi sejarah, sastera dan imaginasi negara itu.

Atas usaha bersungguh-sungguh 500 ahli bomba, dua menara genta dan muka hadapan katedral terselamat, namun dua pertiga bumbung rosak khususnya puncak menara yang menjadi lambang bangunan terbabit, tumbang.

Punca kebakaran sedang disiasat. Litar pintas disyaki penyebab.

覃淼