DPRK Lancar Senjata Berpandu Taktikal yang Baharu

2019-04-18 13:46:30  CRI
Share with:

Menurut laporan Agensi Berita KCNA, pemimpin tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea(DPRK), Kim Jong-un menyaksikan ujian pelancaran "senjata berpandu taktikal baharu" di Institut Sains Pertahanan semalam. Indeks perekaan senjata berkenaan diuji dan Kim "berpuas hati" terhadap pelancaran itu.

Dalam laporan itu dinyatakan, Kim mengemukakan sasaran pelbagai fasa dan strategi untuk merealisasikan penghasilan produk keperluan ketenteraan secara normal dan memajukan sains dan teknologi pertahanan ke tahap canggih. 

胡星