EU Tambah Tarif Terhadap AS

2019-04-18 16:25:11  CRI
Share with:

Kesatuan Eropah (EU) semalam mengumumkan untuk menambah tarif terhadap produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) yang bernilai USD20 bilion (RM87.5 bilion). Ini sebagai tindakan balas kepada ugutan AS yang akan menambah tarif terhadap produk EU bernilai USD11 bilion (RM 48.1 bilion).

Pesuruhanjaya EU atas perdagangan, Cecilia Malmstrom semalam berkata, EU perlu mempertahankan iklim persaingan yang adil bagi industri pembuatan kapal terbangnya. Namun EU enggan bertikai dengan AS dan bersedia menyelesaikan masalah berkenaan melalui rundingan. 
 

徐國瑋