Durian Sebiji dari Malaysia Akan Dipasarkan di China

2019-04-19 14:17:16  CRI
Share with:

Atas usaha bersama kerajaan kedua-dua negara, durian Malaysia dalam bentuk sebiji berpeluang memasuki pasaran China pada tahun ini.

Pengurus PHG Ever Fresh Food Co. Ltd, Lye Wee Ken juga Presiden Dewan Perniagaan Durian Pahang. Beliau memberitahu wartawan bahawa syarikatnya telah menanam dan memproses durian selama hampir 30 tahun.

Sebelum ini, produk durian dieksport ke China dalam bentuk puri dan isi beku. Sekarang, banyak syarikat dan pelabur China mahu berurusan dengan penanam dan pengeksport durian Malaysia, dengan harapan dapat menyuntik kedinamikan baharu kepada industri setempat melalui penanaman modal.

Kata Lye, perkembangan ini tidak dapat dipisahkan daripada Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang bukan sahaja membantu durian dari Pahang dipasarkan di China, malah membawa pelancong dari China menghayati gaya hidup di kebun durian, sekali gus menambah pendapatan peniaga, petani dan pekerja Malaysia.

Beliau yakin durian Malaysia khususnya jenis Raja Kunyit (Musang King) mempunyai masa depan yang amat cerah di China.

胡星