Rundingan China, AS Lakar Kemajuan

2019-04-19 10:54:53  CRI
Share with:

Rundingan mengenai teks perjanjian ekonomi dan perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat (AS) melakar kemajuan baru-baru ini, namun masih banyak yang perlu diselesaikan.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng semalam menyatakan, kedua-dua pihak akan terus mengekalkan komunikasi rapat secara berkesan.

Pusingan ke-8 dan ke-9 rundingan peringkat tinggi masing-masing diadakan di Beijing dan Washington pada hujung Mac dan awal April.

Kemajuan baharu telah dicapai dalam bidang pemindahan teknologi, perlindungan harta intelek, langkah bukan tarif, industri perkhidmatan, pertanian, keseimbangan perdagangan dan mekanisme pelaksanaan yang berkenaan.

覃淼