China Siarkan Laporan Pembangunan BRI

2019-04-22 16:38:37  CRI
Share with:

Laporan mengenai pembangunan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) disiarkan hari ini, menjelang Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan kedua di Beijing. 

Menurut laporan itu, dalam tempoh antara 2013 hingga 2018, jumlah perdagangan komoditi antara China dengan negara-negara BRI melebihi USD6 trilion (RM24.8 trilion), iaitu 27.4% keseluruhan perdagangan komoditi negara ini.

Di samping itu, syarikat China telah membuat pelaburan lebih USD90 bilion (RM372 bilion) dan menyelesaikan projek yang diikat kontrak bernilai USD400 bilion (RM1.65 trilion) di negara-negara BRI.

張哲