BRI Lonjak Kerjasama Itali, China

2019-04-22 12:59:25  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_3ced06e1-cc43-4ab7-bb72-ade2876fbbc9

Penyertaan Itali dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dipercayai mampu melonjakkan kerjasama dengan China, kata Presiden Lembaga  Pelabuhan Genoa dan Savona Itali, Paolo Emilio Signorini.

Genoa, pelabuhan paling besar dan sibuk Itali, aktif menyertai kerjasama logistik dalam rangka BRI. Satu perjanjian telah dimeterai dengan Syarikat Pembinaan Komunikasi China (CCCC) untuk menaiktarafkan infrastruktur pelabuhan tersebut. 

Paolo menyatakan pengalaman CCCC dalam reka bentuk dan pembinaan amat diperlukan pelabuhan Genoa, begitu juga projek pembinaan semula Jambatan Morandi yang runtuh pada tahun lalu. Syarikat China itu juga dapat memberi sokongan dari segi teknologi.

張弘