Xi, Tun Mahathir Temu di Beijing

2019-04-25 23:21:37  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1124417369_15562087135801n

Presiden China, Xi Jinping hari ini bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berada di Beijing untuk menghadiri Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan kedua.

Xi menyatakan China dan Malaysia telah menjalin ikatan diplomatik selama 45 tahun dan separuh daripada masa itu adalah dalam tempoh perkhidmatan Tun Mahathir.

Beliau memberi penghargaan atas sumbangan besar Tun Mahathir terhadap hubungan dua hala.

Katanya, hubungan China-Malaysia kini berada pada titik permulaan baharu dalam sejarah. Peluang daripada pembangunan Jalur dan Laluan hendaklah dimanfaatkan demi masa depan lebih gemilang.

Persahabatan harus terus diwarisi dan sensitiviti satu sama lain diambil kira dengan rasa saling hormat, saling percaya, saling memahami dan saling menyokong.

Pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) akan menggalakkan keterbukaan China dalam segenap aspek, sekali gus memperbanyak peluang kepada dunia khususnya negara-negara sekitar.

Dalam pembangunan BRI, China dan Malaysia perlu membuat perancangan lebih rapi, memperluas platform kerjasama dan sinergi berkualiti serta memajukan dua taman perindustrian sebagai sumbangan kepada kesalinghubungan lebih rapat.

Sambil memuji konsep nilai Asia, perpaduan dan usaha sama yang dijunjung Tun Mahathir, Xi menyarankan kedua-dua pihak memperkasakan sinergi multilateral dan menggalakkan penaiktarafan kerjasama China-ASEAN.

China menyokong Malaysia menjadi tuan rumah persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun depan bagi menjana integrasi ekonomi serantau dan globalisasi serta ekonomi dunia yang terbuka.

圖片默認標題_fororder_1124417369_15562087135821n

Tun Mahathir pula menyatakan hampir 1.4 bilion rakyat mengatasi masalah makan pakai  dan hidup semakin bahagia sejak Republik Rakyat China ditubuhkan 70 tahun lalu, satu pencapaian yang luar biasa. Belajar daripada pengalaman pembangunan tujuan beliau datang ke China.

Katanya, Malaysia dan China telah lama menjalin ikatan persahabatan. Ikatan itu dihargai pihak Malaysia yang bersedia meningkatkan komunikasi dan kerjasama bagi terus melonjakkan hubungan mengikut landasan betul.

BRI, inisiatif berpotensi besar yang bukan sahaja mampu merungkai kekangan infrastruktur terhadap pembangunan, membawa keseimbangan sesama negara dan merancakkan dialog antara tamadun, malah membantu mencantas punca masalah-masalah seperti konflik, ekstremisme dan keganasan.

Masyarakat antarabangsa perlu lebih memahami BRI yang membawa manfaat bagi dunia.

Malaysia salah satu negara di Laluan Sutera Maritim, mempunyai kelebihan unik dari segi geografi.  Malaysia berharap dapat mempercepat pembangunan sendiri menerusi pembangunan BRI

Malaysia juga bersedia meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dengan China dalam urusan antarabangsa dan serantau, seiringan usaha memantapkan hubungan ASEAN-China.

張弘