Subforum Komunikasi Dasar Sempena BRF

2019-04-26 11:54:25  CRI
Share with:

Lebih 60 hasil penting dicapai dalam subforum komunikasi dasar yang berlangsung di Beijing semalam, sempena Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRFIC) kedua.

Antaranya termasuk mengedarkan edisi tujuh bahasa asing dokumen mengenai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta memeterai perjanjian kerjasama pragmatik melibatkan kapasiti pengeluaran dan pasaran pihak ketiga. 

Subforum itu dihadiri lebih 300 tetamu dari kira-kira 50 negara dan lebih 20 pertubuhan antarabangsa.

張哲