PM Li Temu Tun Mahathir

2019-04-26 10:57:34  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1124417459_15562048473381n


Perdana Menteri China, Li Keqiang bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Beijing semalam.

Li menyatakan China dan Malaysia telah lama menjalin persahabatan, dengan limpahan hasil kerjasama pragmatik melibatkan platform bilateral dan multilateral.

Tahun ini ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik China-Malaysia.

China ingin memperkukuh rasa saling percaya dalam politik, menyambung persahabatan tradisional, meneroka potensi kerjasama, memperluas pertukaran sosiobudaya dan melonjakkan perkongsian strategik komprehensif ke tahap baharu.

China bersedia menyelaraskan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan strategi pembangunan Malaysia, sambil menggalakkan kerjasama perdagangan dan pelaburan serta yang melibatkan ekonomi digital, e-niaga, pertanian dan teknologi.

Pasaran China mengalu-alukan kemasukan lebih banyak produk pertanian berkualiti dari Malaysia.

China juga mahu memperdalam usaha sama dengan negara-negara ASEAN termasuk Malaysia, terutamanya mempercepat rundingan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Tun Mahathir pula menyatakan harapan agar persahabatan Malaysia-China terus berkembang maju.

Katanya, China pasaran raksasa berpopulasi hampir 1.4 bilion. Malaysia turut mendapat faedah daripada pembangunan China dan bersedia meningkatkan ikatan dalam segenap bidang.

Malaysia mengalu-alukan pelaburan syarikat China dan mahu melihat kerjasama lebih rapat dalam bidang ekonomi, teknologi, pertanian dan lain-lain.

Selepas pertemuan, kedua-dua mereka menyaksikan pemeteraian beberapa dokumen kerjasama termasuk berkaitan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Bandar Malaysia dan perdagangan minyak sawit.
張弘