Presiden Xi Jinping menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRFIC) kedua di Beijing hari ini.
Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) saranan kerjasama ekonomi antarabangsa yang telah menampakkan limpahan hasil selepas diperkenalkan enam tahun lalu.
Dalam tempoh itu, jumlah perdagangan antara China dengan negara-negara BRI mencecah USD6 trilion (RM24.7 trilion), sementara pelaburan melebihi USD80 bilion (RM330 bilion).
Projek kerjasama BRI turut mencipta hampir 300 ribu peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat.
BRFIC selama tiga hari dihadiri hampir 5,000 tetamu termasuk pemimpin dari 37 negara dan pertubuhan antarabangsa seperti PBB dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).