Peluang baharu kerjasama ekonomi dan perdagangan daripada Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) menjadi fokus persidangan usahawan yang diadakan di Beijing semalam, sempena Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRFIC) kedua.
Pengerusi Persekutuan Industri dan Perdagangan Seluruh China (ACFIC), Gao Yunlong dalam ucapannya melahirkan harapan supaya para usahawan berganding bahu meluaskan bidang kerjasama BRI dengan langkah yang lebih efektif hingga membuahkan hasil lebih besar.