Malaysia Sambut Baik Ucapan Presiden Xi

2019-04-27 11:36:15  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_454478559

Malaysia menyambut baik ucapan Presiden China, Xi Jinping yang mengalu-alukan pelaburan dua hala dan pelbagai hala.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Zuraida Kamaruddin berkata China memiliki kekuatan dalam aspek kemahiran dan fasiliti teknologi.

Justeru katanya, Malaysia akan menggunakan tenaga pakar dari China untuk membantu syarikat di Malaysia dalam pembinaan perumahan berskala besar.

Tambah Zuraida, selain mempunyai kelebihan kekuatan kewangan, syarikat pembinaan di China turut mempunyai kemahiran yang boleh diguna pakai atau dipelajari oleh syarikat-syarikat pembinaan di Malaysia seperti Sistem Pembangunan Perindustrian (IBS), teknologi maklumat dan parkir bertingkat.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG) di Beijing selepas menandatangani memorandum persefahaman antara syarikat pembinaan Malaysia dan China semalam.

Majlis itu menyaksikan 8 syarikat China akan bekerjasama dengan syarikat di Malaysia dalam pembinaan rumah mampu milik di Malaysia.
張弘