BRI Janjikan Ekonomi Dunia yang Terbuka

2019-04-28 14:01:10  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1124425120_15563698463161n

Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) kedua menutup tirai  di Beijing semalam, selepas mengeluarkan kenyataan bersama sesi meja bulat.

Dalam kenyataan bersama itu, para pemimpin melahirkan komitmen untuk memperkasakan sinergi di peringkat subrantau, rantau dan sejagat melalui Insiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan strategi kerjasama lain.

Sebanyak 283 hasil praktikal telah dicapai dalam BRF kedua, termasuk perjanjian kerjasama bernilai lebih USD64 bilion yang dimeterai pada persidangan usahawan.

圖片默認標題_fororder_1124425120_15563692766331n

Inisiatif Jalan Sutera Bersih turut dilancarkan,  mencerminkan tekad China untuk memperkukuh kerjasama antirasuah dengan pelbagai negara.

Antara dapatan lain, menubuhkan wadah baharu seperti Persekutuan Antarabangsa Pembangunan Hijau, memeterai dokumen mengenai prinsip pelaburan hijau dan menyiarkan analisis kemampanan hutang BRI.

張哲