Projek HSR Thailand-China Tetap Diteruskan

2019-05-14 14:36:28  CRI
Share with:
Projek kereta api laju (HSR) dengan China tetap akan diteruskan selepas kerajaan baharu Thailand mula mentadbir, ujar Menteri Pengangkutan Arkhom Termpittayapaisith baru-baru ini.

Beliau memaklumkan perancangan berkaitan projek tersebut telah dibuat terdahulu termasuk semua prosedur mengikat kontrak. Perkembangan semasa amat memuaskan dan projek akan terus berjalan lancar.

Sebagai projek kerjasama antara kerajaan, HSR dengan China akan memangkin pembangunan ekonomi Thailand, terutamanya di timur laut.
梁靚