China Penyumbang Penting Tamadun Dunia

2019-05-15 13:01:01  CRI
Share with:

China penyumbang penting kepada tamadun dunia, kata mantan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Phinij Jarusombat.

Beliau yang juga pengerusi Majlis Budaya dan Hubungan Thailand-China menyatakan, Persidangan Dialog Tamadun Asia (CDAC) yang membuka tirai di Beijing hari ini menyediakan platform interaksi bagi tamadun berbeza. Ini sumbangan China bagi menggalakkan dialog antara tamadun.

Katanya, tamadun dapat maju bersama melalui interaksi dan saling belajar yang turut menyuburkan persefahaman dan keharmonian.

Para peserta CDAC diharap menyumbang kebijaksanaan kepada pembangunan tamadun Asia serta pembentukan komuniti berkongsi nasib Asia dan sesama insan.

張弘