Institut Konfusius Bantu Ajar Bahasa Cina

2019-05-16 14:57:57  CRI
Share with:
Institut Konfusius Universiti SEGi Malaysia aktif membantu pengajaran dan pembelajaran bahasa Cina di sekolah-sekolah tempatan.

Ketua institut, Qin Yanping berkata pihaknya telah bekerjasama dengan Sekolah Rendah Chiao Nan sejak dua tahun lalu untuk membantu pelajar pelbagai kaum menguasai bahasa Cina. Kerjasama itu melibatkan pelbagai bentuk termasuk kem pengajian bahasa serta seni budaya tradisional seperti membuat guntingan kertas dan kaligrafi. 

Semakin ramai pelajar Malaysia menunjukkan minat untuk belajar bahasa Cina kebelakangan ini. 

Di Chiao Nan, sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, lebih sepertiga murid adalah dari kaum Melayu, India dan lain-lain.
張哲