Interaksi, Saling Belajar Bawa Kemajuan

2019-05-16 13:42:39  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_c2f43a22-7b10-4e11-a921-eade0725d57d

Kewujudan dan kemajuan tamadun manusia tidak boleh dipisahkan daripada interaksi dan saling belajar.
 
Demikian pandangan yang disuarakan Pengarah Institut Asia Timur, Universiti Kebangsaan Singapura, Profesor Zheng Yongnian selepas majlis pembukaan Persidangan Dialog Tamadun Asia (CDAC) di Bejing semalam.
 
Beliau menyatakan persefahaman rakyat yang ditekankan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) amat signifikan dari segi praktik bagi pembangunan tamadun manusia.

Katanya, dialog antara tamadun membawa interaksi manusia dengan manusia yang turut membantu memperkukuh persefahaman sesama rakyat. 

China dan negara-negara ASEAN mempunyai tamadun berwarna-warni dengan berbilang budaya dan agama yang hidup bersama secara harmoni, saling belajar dan maju bersama-sama. 

Beliau berpendapat BRI mampu mendatangkan manfaat kepada rakyat setempat dan mewujudkan pembangunan bersama. Penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN dan pelaksanaan BRI akan melonjakkan kerjasama ke tahap lebih tinggi.
梁靚