Steve Bannon, Musuh Sebenar

2019-05-17 14:47:42  CRI
Share with:

Steve Bannon, bekas penasihat strategik kanan Presiden AS baru-baru ini mengarang sebuah rencana yang mendakwa China musuh terbesar AS, sambil menggesa kerajaan jangan membuat kompromi dalam "perang ekonomi".


Pada 15 Mei, beberapa senator AS mengumumkan penyerahan usul kepada kongres yang melarang pemberian visa kepada warga China yang bekerja untuk atau ditaja oleh institusi penyelidikan ketenteraan bagi meminimumkan risiko keselamatan negara. 

Pada hari yang sama, Rumah Putih mengisytiharkan darurat di seluruh negara bagi melarang syarikat domestik menggunakan peralatan telekomunikasi keluaran syarikat yang berisiko mengancam keselamatan negara. Ini dianggap jelas menyasarkan Huawei.

AS selaku negara paling maju di dunia, begitu bimbang akan keselamatan diri hinggakan menutup pintu kepada dunia, perbuatan yang sukar difahami. Pada hakikatnya, yang mampu meruntuhkan AS hanyalah dirinya sendiri. Sayap kanan baharu seperti Steve Bannon barulah musuh sebenar bagi AS.

Presiden China, Xi Jinping pernah mengibaratkan faham perlindungan sebagai mengunci diri di dalam rumah gelap yang tampaknya boleh melindungi diri daripada angin dan hujan, namun akhirnya kelemasan kerana tiada udara dan cahaya.
張弘