China Sokong Jaga Iklim Pasaran

2019-05-18 15:29:48  CRI
Share with:
China menyokong lebih banyak negara membuat pilihan dasar yang sesuai dengan kepentingan sendiri berasaskan fakta, di samping menjaga iklim pasaran yang adil dan tanpa diskriminasi. 

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar, Lu Kang dalam sidang media di Beijing semalam.

Ketika diminta mengulas larangan yang dikenakan AS terhadap Huawei dalam pembinaan jaringan telekomunikasi generasi kelima (5G), Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata, adalah tidak sesuai untuk melancarkan "perang teknologi" atau "perang perdagangan" terhadap negara lain. Perancis berpegang pada multilateralisme, mengesyorkan kerjasama dan tidak akan mengambil tindakan serupa terhadap Huawei atau mana-mana syarikat lain. 

Lu Kang menyatakan China menyanjung sikap adil Perancis terhadap penyertaan syarikat China dalam pembinaan 5G. Pembangunan dan penggunaan 5G memerlukan interaksi dan kerjasama pelbagai negara. Tindakan AS yang menyalahgunakan "piawaian keselamatan negara" serta mempolitikkan isu berkenaan membelakangi prinsip bersaing secara adil dan tidak selaras dengan kepentingan semua negara.
張哲