Tanggapan Salah Undang Kesan Buruk

2019-05-18 17:55:57  CRI
Share with:

Stephen S. Roach, felow kanan Institut Urusan Global Jackson Universiti Yale, dalam artikelnya menyebut tentang satu tanggapan salah terhadap China yang sudah diterima lingkungan politik AS pada masa sekarang.

Artikel berjudul "Naratif Salah Amerika mengenai China" menyebut,   Parti Republikan dan Demokrat jarang dilihat senada dalam satu isu penting, iaitu menyalahkan China kerana segala masalah yang sedang bergelut.  

Walau bagaimanapun, kedegilan melihat China sebagai penghalang "impian AS" akan mengundang kesan-kesan yang buruk. Ini sudah pun dilihat daripada tarif balas, ancaman keselamatan yang semakin meningkat, amaran berlakunya Perang Dingin baharu  hinggalah khabar angin mengenai kemungkinan tercetus konflik ketenteraan. 

Padahal, kesemua ini gambaran ketidakyakinan AS yang khuatir dirinya akan hilang kedudukan dominan di pentas global gara-gara masalah ketidakseimbangan ekonomi makro. 

Perbuatan AS sering menuding jari kepada China justeru untuk menyembunyikan pelbagai masalah dalaman. Alangkah sedihnya, mencari kambing hitam ternyata jauh lebih mudah daripada bermuhasabah.

梁靚